PruBSN SME@Work

Melakar Kejayaan dalam Perniagaan dengan Perlindungan Pekerja

Mengutamakan Kesejahteraan Pekerja Anda

Kami dengan sukacitanya memperkenalkan PruBSN SME@Work, iaitu pelan pakej kumpulan yang direka khusus untuk menyediakan perlindungan komprehensif dan penjagaan kesihatan yang menyeluruh kepada pekerja anda serta ahli keluarga mereka pada masa yang diperlukan. Sebagai majikan yang prihatin, anda boleh memberikan sokongan dengan menawarkan perlindungan kepada pekerja anda untuk menghadapi sebarang keadaan yang tidak diduga.

Mengenai Prubsn Sme@work

  • Sekiranya berlaku kematian orang yang dilindungi sebelum tamat tempoh perlindungan, manfaat berikut akan dibayar:

    • Jumlah Perlindungan Asas; dan

    • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).


    Sekiranya berlaku kematian bayi dalam kandungan dan sehingga 30 hari daripada kelahiran anak anda, manfaat berikut akan dibayar:

    • Sumbangan Perlindungan Tahunan; dan

    • Nilai unit dalam Akaun Unit Perlindungan (PUA) dan Akaun Unit Pelaburan (IUA).

Anda mempunyai fleksibiliti untuk memilih salah satu pelan di bawah (Pelan 1 hingga Pelan 6) untuk setiap kategori pekerjaan. Semua pekerja anda bagi kategori pekerjaan yang sama mesti mendaftar dalam pelan yang sama.

 

Anda mempunyai pilihan untuk memilih mana-mana satu pelan GHS di bawah (Pelan A hingga Pelan F) untuk setiap kategori pekerjaan.

 

 

  • Semua kakitangan, pengarah, rakan kongsi dan pemilik yang terlibat dalam manamana pekerjaan sepenuh masa atau sambilan untuk saraan atau keuntungan di bawah kontrak pekerjaan dengan anda layak untuk pelan ini.Umur pembaharuan maksimum adalah 69 tahun. Perlindungan takaful hendaklahdisediakan kepada semua kategori pekerja yang diwajibkan.
  • Pekerja asing hanya diterima sekiranya mereka bekerja secara sah dengan permit kerja Malaysia yang sah.Semua manfaat adalah terpakai untuk Kelas Pekerjaan 1 hingga 4.
    Berikut adalah ringkasan umur yang layak bagi setiap manfaat yang ditawarkan di bawah PruBSN SME@Work:

 

  • Pengambilalihan boleh dilakukan sekiranya syarikat anda mempunyai perlindungan takaful pekerja kumpulan terlebih dahulu dengan jumlah 25 pekerja dan ke atas.
    Salinan Jadual Manfaat yang dilindungi sedia ada, senarai ahli, dan sejarah tuntutan tahun sebelumnya diperlukan untuk dipertimbangkan. Pendaftaran di bawah PruBSN SME@Work seharusnya sama atau kurang daripada perlindungan yang sedia ada.
  • Tempoh perlindungan mesti diteruskan dari tarikh akhir sijil daripada pengendali takaful terdahulu sebelum sebarang pengambilalihan boleh dilakukan. Kami boleh menolak sebarang permohonan pengambilalihan.

Jumlah sumbangan tahunan yang perlu anda bayar mungkin bergantung kepada,tetapi tidak terhad kepada:

(a) pelan dan manfaat yang dipilih untuk setiap kategori pekerjaan;
(b) bilangan pekerja;
(c) umur pekerja pada hari jadi akan datang;
(d) sumbangan tambahan (jika ada) disebabkan bidang perniagaan atau pengunderaitan.

Sumbangan boleh dibayar setiap tahun melalui cek dan pemindahan pembayaran dalam talian atas permintaan. Anda perlu memperbaharui sijil anda setiap tahun, 30 hari sebelum tamat tempoh sijil. Anda boleh merujuk kepada Lampiran 2 untuk amaun sumbangan bagi pelan masing-masing. Sila berunding dengan wakil PruBSN anda untuk sebut harga.

Apabila seseorang pekerja meletak jawatan semasa tempoh sijil1, kadar Tabarru`yang belum digunakan akan dikembalikan. Apabila pekerja baru menyertai syarikat anda selepas perlindungan asal bermula, perlindungan takaful akan bermula dengan syarat-syarat yang relevan telah dipenuhi dan kami telah meluluskan permohonan tersebut. Sumbangan pro-rata akan dikenakan untuk pekerja baru.

Menaik taraf pelan bagi kategori pekerjaan (contohnya, naik taraf dari Pelan 5 hingga Pelan 6 bagi kategori Pengurus) hanya dibenarkan pada ulang tahun sijil dan mesti digunakan secara konsisten mengikut kategori pekerjaan. Bagi pekerja yang dinaikkan pangkat ke kategori pekerjaan yang lebih tinggi, tarikh berkuat kuasa pelan yang dinaik taraf hendaklah mengikut tarikh kami dimaklumkan.

Apabila manfaat pilihan GHS dipilih, Ahli yang Dilindungi dan tanggungan mereka (jika berkenaan) boleh menikmati Pra-kebenaran Tuntutan, seperti Surat Jaminan sekiranya dimasukkan ke hospital, untuk perbelanjaan berkaitan perubatan yang ditanggung di hospital panel kami, tertakluk pada terma dan syarat.
Sekiranya Ahli yang Dilindungi dimasukkan ke hospital di hospital yang bukan salah satu hospital panel kami, Ahli yang Dilindungi hendaklah membayar semua kos atau perbelanjaan yang ditanggung di hospital tersebut dan mengemukakan borang tuntutan untuk pembayaran balik, tertakluk pada terma dan syarat.

Had Manfaat

(a) Sekiranya Ahli yang Dilindungi mengalami lebih daripada satu Kejadian Kerugian pada satu-satu masa, PruBSN akan membayar amaun manfaat tertinggi untuk
hanya 1 Kejadian Kerugian selaras dengan Skala Manfaat seperti yang dinyatakan dalam Lampiran 1.

(b) Jumlah maksimum yang perlu dibayar bagi semua tuntutan yang dibuat bagi Ahli yang Dilindungi di bawah manfaat ini tidak boleh melebihi Jumlah Perlindungan GADD berkenaan dengan:

(i) Kemalangan yang sama; dan
(ii) Kemalangan yang berlaku pada Tahun Sijil.

Tempoh Menunggu

(a) kelayakan untuk Serangan Jantung, Pembedahan Pintasan Arteri Koronari,Penyakit Arteri Koronari Serius, Kanser atau Angioplasti dan Rawatan Invasif
Lain untuk Penyakit Arteri Koronari di bawah sijil hanya akan bermula selepas tempoh menunggu 60 hari dari tarikh berkuat kuasa perlindungan asal atau penguatkuasaan semula perlindungan, yang mana kemudian.

(b) kelayakan untuk semua penyakit kritikal lain di bawah sijil hanya akan bermula selepas tempoh menunggu selama 30 hari dari tarikh berkuat kuasa perlindungan asal atau penguatkuasaan semula perlindungan, yang mana kemudian.

 

Had Manfaat

Untuk Angioplasti dan Rawatan Invasif Lain untuk Penyakit Arteri Koronari, hanya 10% daripada manfaat akan dibayar sehingga jumlah maksimum sebanyak RM25,000.

Jumlah manfaat GHS yang layak yang perlu dibayar bagi setiap Ahli yang Dilindungi sepanjang tempoh sijil1 adalah tertakluk pada Caj Berpatutan dan Biasa Diamalkan dan Had Tahunan Keseluruhan.

Tempoh Menunggu

Perlindungan bermula dengan serta-merta selepas penerimaan untuk Kemasukan ke Hospital akibat Kemalangan tetapi:

(i) Bagi Penyakit Spesifik6, perlindungan akan bermula selepas 120 hari;
(ii) Bagi penyakit lain, perlindungan akan bermula selepas 30 hari; dan
(iii) Bagi Keadaan Sedia Ada, perlindungan akan bermula 12 bulan selepas tarikh berkuat kuasa perlindungan asal atau penguatkuasaan semula perlindungan, yang mana kemudian.

01.

Manfaat PruBSN SME@Work

Dalam Konteks Hibah Takaful,Fungsinya Terbahagi Kepada Beberapa Bahagian Iaitu :

Manfaat Asas

Group Term Takaful (GTT)

Group Term Takaful (GTT) menyediakan manfaat sekaligus sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Kekal dan Menyeluruh (TPD) semasa tempoh sijil1 atau sebelum umur 70 tahun pada hari jadi akan datang bagi Ahli yang Dilindungi, yang mana lebih awal. Manfaat ini pada dasarnya memberikan sokongan bahawa orang yang mereka sayangi boleh meneruskan kehidupan mereka sekiranya sebarang keadaan yang tidak diduga menimpa mereka.

Bagi GTT dengan jumlah perlindungan asas sebanyak RM60,000 dan ke atas, Elaun Khairat Kematian juga akan dibayar sekiranya berlaku kematian kepada pasangan atau anak kepada Ahli yang Dilindungi. Elaun Khairat Kematian sebanyak RM1,000 akan dibayar sekiranya berlaku kematian pasangan2 dan RM500 akan dibayar sekiranya berlaku kematian anak (sehingga tiga orang anak).

Manfaat Pilihan

Manfaat Group Accidental Death and Disablement (GADD)

Kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Manfaat pilihan GADD ini menyediakan jumlah pampasan sekaligus selaras dengan Skala Manfaat3 sekiranya Ahli yang Dilindungi meninggal dunia atau mengalami kecederaan tubuh badan (contohnya kehilangan jari, anggota badan, penglihatan dan lain-lain) akibat kemalangan.

Manfaat Group Critical Illness (GCI)

Manfaat pilihan GCI ini membayar manfaat sekaligus kepada Ahli yang Dilindungi yang didiagnosis dengan mana-mana 43 Penyakit Kritikal4 yang dilindungi. Dengan ini, ia membantu mengurangkan beban kewangan mereka supaya mereka dapat menumpukan perhatian kepada proses pemulihan. Bayaran manfaat asas GTT akan dikurangkan dengan jumlah yang dibayar di bawah manfaat GCI ini.

Manfaat Group Hospital and Surgical (GHS)

Manfaat pilihan GHS ini menyediakan 6 pilihan manfaat perubatan komprehensif untuk menjaga kebajikan pekerja anda apabila mereka dimasukkan ke hospital atau dikehendaki menjalani prosedur pembedahan. Perlindungan GHS boleh dipanjangkan kepada pasangan dan anak-anak pekerja anda.