Health Protector

Nikmati Lebih Dengan Health Protector

Memperkenalkan HealthProtector

Kita semua tahu bahawa penjagaan kesihatan amat diperlukan dan keperluan untuk penjagaan kesihatan menjadi semakin penting terutamanya apabila usia kita bertambah.Dengan kos penjagaan kesihatan yang kian meningkat, pernahkah anda berfikir jika anda bersedia untuk menjaga diri anda sekiranya berlaku perkara yang tidak diduga dan sekiranya simpanan anda tidak mencukupi untuk menampung keperluan perubatan?

Alangkah baiknya jika terdapat pelan perubatan yang bukan setakat memberi jaminan terhadap keperluan perubatan anda malah dapat membantu anda menabung berserta dengan manfaat-manfaat lain.

Pilihan SmartSaver300 atau High Deductible

Pilihan SmartSaver300 atau High Deductible memberikan anda fleksibiliti untuk memiliki pelan perubatan yang direka khusus mengikut keperluan anda.

Smart Value Point: RM1 juta, RM1.5 juta atau RM2 juta

HealthProtector adalah pelan perubatan takaful dengan TIADA had tahunan dan TIADA had seumur hidup untuk memberikan anda perlindungan yang berterusan. Sekiranya jumlah terkumpul tuntutan yang layak dibayar melebihi nilai permulaan Smart Value Point anda berserta sebarang nilai terkumpul Smart Value Point Bonus, kami masih akan membayar 80% daripada lebihan kos manfaat yang layak.

Smart Value Point Bonus

Memberi anda ganjaran kerana kekal sihat dengan peningkatan nilai Smart Value Point anda.

100% Ketidakbatalan

HealthProtector tidak boleh dibatalkan dan pembaharuannya dijamin oleh PruBSN.

01.

Perlindungan Perubatan Komprehensif Dengan Healthprotector

Pelan HIBAH TAKAFUL Lengkap Dan Ekslusif Dari Serendah RM 100 / Sebulan

Berikut adalah beberapa soalan untuk membantu anda memilih ciri-ciri yang sesuai demi
memenuhi keperluan anda!

02.

Manfaat

Pelan HIBAH TAKAFUL Lengkap Dan Ekslusif Dari Serendah RM 100 / Sebulan

Pilihan Bayaran Bersama Perubatan

High Deductible

Jika anda memilih High Deductible, anda perlu membayar terlebih dahulu amaun tetap yang bersamaan dengan deduktibel yang dipilih daripada jumlah terkumpul bagi manfaat yang boleh dibayar pada tahun tersebut, sebelum PruBSN membayar perbelanjaan yang selebihnya. Jumlah terkumpul bagi manfaat yang boleh dibayar pada tahun tersebut tidak akan dibawa ke tahun seterusnya.

Jika anda telah mempunyai pelan perubatan dengan had tahunan bersamaan dengan (atau lebih tinggi daripada) jumlah deduktibel, perbelanjaan yang layak yang melebihi nilai High Deductible yang dipilih akan dilindungi oleh HealthProtector.High Deductible terpakai untuk Manfaat Bilik & Penginapan, Manfaat Hospital dan Pembedahan, Manfaat Rawatan Pesakit Luar, dan Manfaat Lain kecuali Pendapat Perubatan Kedua dan Bantuan Kecemasan Perubatan.

SMARTSAVER300

SmartSaver300 adalah cara lebih bijak untuk memaksimumkan nilai pelan perubatan anda. Dengan SmartSaver300, anda hanya perlu membayar RM300 terlebih dahulu daripada jumlah Caj-caj Lazim dan Munasabah daripada manfaat yang layak untuk sebarang hilang upaya. SmartSaver300 memberikan anda fleksibiliti untuk menikmati penjimatan sumbangan di mana penjimatan ini boleh digunakan untuk meningkatkan tahap perlindungan dan dana persaraan anda. Anda boleh memperolehi LEBIH simpanan dengan nilai tunai yang lebih tinggi, LEBIH perlindungan dan LEBIH manfaat dengan pelan perubatan SmartSaver300 berbanding Perlindungan Penuh.

Jika anda memilih SmartSaver300, anda perlu membayar terlebih dahulu amaun tetap sebanyak RM300 daripada manfaat yang layak sebelum HealthProtector membayar untuk sebarang perbelanjaan tidak termasuk kos Bilik & Penginapan Hospital Harian,Pembedahan Harian, Prosedur Jagaan Harian, Rawatan Kanser Pesakit Luar, Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar, Rawatan Kecemasan bagi Kecederaan akibat Kemalangan,Pendapat Perubatan Kedua, Bantuan Perubatan Kecemasan dan Kanta Intraokular untuk sebarang hilang upaya.

SMART VALUE POINT (SVP)

Tuntutan ke atas manfaat yang layak akan dibayar sepenuhnya (tertakluk kepada SmartSaver300 atau High Deductible, jika berkenaan) sehingga Smart Value Point awal. Jika jumlah tuntutan melebihi Smart Value Point yang awal ditambah Smart Value Point Bonus yang terkumpul, kami tetap meneruskan perlindungan sehingga umur tamat tempoh dengan membayar 80% daripada jumlah kos manfaat yang layak.

Manfaat Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar adalah sehingga 1.5 kali Smart Value Point yang dipilih. Apabila jumlah tuntutan yang layak bagi Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar melebihi had ini, tiada lagi tuntutan boleh dibuat di bawah Manfaat Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar. Tuntutan ke atas Manfaat Rawatan Kanser Pesakit Luar dan Dialisis Buah Pinggang Pesakit Luar akan dikira sebagai sebahagian daripada Smart Value Point.

Bagaimanakah Smart Value Point berfungsi?

Seorang pelanggan lelaki yang berumur 35 tahun telah menyertai HealthProtector dengan SVP RM1.5 juta dan mempunyai jumlah tuntutan yang layak sebanyak RM2 juta.

Smart Value Point Bonus

Bagi pelan-pelan dengan manfaat Bilik & Penginapan Hospital Harian sebanyak RM300 dan ke atas, jika anda tidak membuat sebarang tuntutan dalam tempoh 2 tahun, anda akan diberi ganjaran Smart Value Point Bonus dengan meningkatkan Smart Value Point (SVP) anda sebanyak 2% daripada SVP awal pada penghujung setiap 2 tahun.

 

Apabila jumlah tuntutan yang telah dibayar melebihi jumlah Smart Value Point dan juga Smart Value Point yang terkumpul (jika ada), tiada lagi Smart Value Point Bonus yang seterusnya akan ditawarkan walaupun tidak ada tuntutan selanjutnya.